Keadaan tahanan mogok lapar semakin tenat

BEIT LAHM, 10 Ogos 2016 (PIC) — Persatuan Tahanan Palestin hari ini memberi amaran tentang keadaan kesihatan tahanan mogok lapar di penjara Ofer yang merosot secara mendadak.

Tahanan Mahmoud Balboul, 21, yang mogok sejak 38 hari lalu mengalami muntah yang berterusan, pening, sentakan otot dan tidak dapat tidur.

Manakala abangnya Mohammed, 25, mogok sejak 35 hari lalu dan dilaporkan berada dalam keadaan sangat letih, hilang penglihatan, tidak dapat tidur dan pening kepala.

Tahahan Ayad al-Herimi turut mengalami muntah yang berterusan, pening serta hilang pendengaran. Beliau mogok sejak 27 hari lalu.

Sementara tahanan Malek al-Kadhi yang juga mogok sejak 27 hari lalu mengalami kesakitan di seluruh badan dan sukar untuk berjalan mahupun bercakap.

Seramai 90 tahanan Palestin masih meneruskan mogok lapar dalam penjara Zionis, 80 daripada mereka mendukung solidariti kepada tahanan Bilal al-Kayed yang meneruskan mogok laparnya dan kini ditahan di Hospital Barzilai.

Lima tahanan termasuk jurnalis Omar Nazal melancarkan mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas mereka.

Manakala tahanan Waleed Musalmeh melancarkan mogok lapar membantah tindakan pihak Zionis memindahkan beliau de dalam kurungan berseorangan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts