Keadaan Teruk Tahanan Remaja Perempuan Palestin Di Penjara Zionis

GAZA, 15 Nov 2015 (PIC) — Rejim Zionis memenjara tiga remaja perempuan Palestin dalam tahanan berseorangan di Ashkelon dalam keadaan yang sangat teruk. Dua orang daripada mereka masih lagi mengalami kecederaan ditembak tentera Zionis ketika ditangkap.

Jurucakap Pusat Kajian Tahanan Palestin, Riyadh al-Ashqar, mendedahkan bahawa pihak berkuasa Zionis memindahkan kedua-dua tahanan yang masih tercedera itu dari hospital ke penjara Ashkelon sebelum sempat menyempurnakan rawatan mereka. Tahanan tersebut adalah Istabrak Nour, 15 tahun, dari Nablus, dan Marah Bakir, 16 tahun, dari Al-Quds. Manakala tahanan ketiga adalah Jihan Ereqat, 17 tahun, dari Abu Dis di Al-Quds yang telah dipindahkan dari penjara di Russian Compound.

Marah Bakir dirawat di Hospital Hadassah selama 24 hari setelah ditembak dengan 10 das tembakan ketika ditangkap. Beliau terlantar di hospital dalam keadaan kedua tangan dan kakinya digari ke katil. Manakala Istabrak Nour mengalami keceraan parah ditembak di bahagian kakinya.

Keadaan di tempat tahanan ketiga-tiga mereka sangat teruk, dengan bilik yang kecil serta penuh dengan serangga dan kotoran. Selain daripada tidak diberikan makanan munasabah, mereka juga tidak dibekalkan air panas untuk membersihkan diri. Pihak penjara juga enggan memberikan mereka selimut, pakaian dan keperluan lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts