Kebakaran di Carmel: PM Israel Dipersalahkan

Dan Halutz (Gambar oleh: Ofer Amram

TEL AVIV, 12 Dis – Bekas Ketua Staf Leftenan Jeneral tentera Israel (IDF), Dan Halutz menyalahkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menteri-menteri yang lain dan pegawai senior bertanggungjawab ke atas kebakaran besar yang berlaku di Carmel yang meragut nyawa 43 orang.

“Yang bertanggung jawab keseluruhan adalah Perdana Menteri (Benjamin Netanyahu),” kata Halutz dalam satu wawancara di Channel 2 “Meet the Press,” yang membincangkan berkenaan laporan audit Kewangan Negara yang melaporkan terdapatnya kegagalan kerajaan dalam menangani bencana nasional.

“Orang kedua yang bertanggungjawab adalah Menteri kewangan (Yuval Steinitz), dan yang ketiga adalah menteri Dalam Negeri (Eli Yishai).

Halutz, yang berhenti dari IDF selepas pasca Perang Lubnan Kedua, mengatakan bahawa menteri yang dipersalahkan atas kelalaian mereka harus mengundurkan diri.

“Mengundurkan diri adalah tindakan mulia,” katanya. (ynn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts