RAMALLAH, 14 Apr 2016 (Maan) — Tentera Zionis menyerang sebuah kedai tukaran wang al-Ajouli di kota Ramallah awal pagi tadi, sehingga menyebabkan kedai tersebut terbakar dan api merebak.
Pihak rejim mendakwa tindakan tersebut dibuat untuk merampas dana teroris. Pemilik kedai, Hajj Ghazi al-Ajouli, mendakwa tentera meletupkan peti keselamatan dalam kedai tersebut setelah beliau enggan menurut perintah mereka, sehingga menyebabkan kebakaran berlaku. Beliau kemudian ditahan.
Pertempuran tercetus apabila pemuda Palestin menghalang kehadiran tentera di seluruh bandar-bandar berdekatan di Ramallah dan al-Bireh terutama sekali di Jalan al-Quds, kawasan terletaknya kedai al-Ajouli.
Pasukan pertahanan awam Palestin bagaimanapun berjaya memadam kebakaran.