Keganasan Pendatang Yahudi Berterusan Di Bethlehem

BETHLEHEM, 15 Oktober 2015 (IMEMC) — Pendatang Yahudi hari ini menyambung serangan dan keganasan dengan membaling batu ke arah kenderaan penduduk Palestin di selatan Bethlehem.

Segerombolan pendatang yang dilindungi oleh tentera Zionis berkumpul di kawasan berdekatan penempatan haram Ifrat yang dibina di atas tanah penduduk Palestin dan membaling batu ke arah kenderaan yang berdaftar dengan plat kenderaan Palestin. Bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Pendatang Yahudi juga menutup jalan laluan utama di antara Al-Quds dan Al-Khalil, mengganggu perjalanan penduduk Palestin sehingga mereka terpaksa mencari laluan-laluan alternatif.

Serangan ke atas penduduk Palestin dan harta mereka meningkat berikutan insiden pembunuhan empat orang Yahudi. Penduduk Palestin dituduh melakukan pembunuhan tersebut.

Pertempuran tercetus di seluruh Palestin, termasuk Al-Quds dan Gaza serta kawasan masyarakat Arab di dalam wilayah jajahan 1948. Pencerobohan dan serangan Zionis yang berterusan ke atas Masjid Al-Aqsa menghangatkan lagi suasana, di mana mereka cuba membahagikan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu mengikut waktu dan kawasan tertentu, di antara umat Islam dan keum Yahudi. Penduduk Islam Palestin menentang perancangan jahat Zionis ini demi mempertahankan kesucian masjid itu.

Hampir setiap hari pelampau Yahudi, khususnya dari kalangan pendatang, menceroboh masuk ke dalam masjid secara provokasi sekaligus menimbulkan kemarahan para jemaah masjid.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts