Keganasan Zionis Membunuh 19 Warga Gaza (Foto Siri 1)

GAZA, 16 Nov 2012 – Tentera pengganas rejim Zionis melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, laut dan darat ke bumi Gaza. Terkini, 19 warga Gaza manakala hampir 200 lagi tercedera.

Keganasan Zionis bukan lagi suatu aksi kejahatan yang terselindung. Namun media ternama dunia, baik BBC mahupun CNN, dengan segala muslihat mereka berjaya menutup pandangan manusia. Masyarakat dunia hanya melihat roket-roket dari Gaza yang jatuh ke wilayah negara haram Zionis itu. Raungan dan ratapan atas kematian askar-askar pengganas Zionis terpapar di kaca TV, sedangkan rakyat Gaza yang dibunuh, enam daripadanya kanak-kanak, seakan-akan tidak pernah berlaku.

Janganlah kita tutup mata, lihatlah apa yang mereka lakukan ke atas saudara kita di Gaza. Kemudian tanyalah iman kita, apakah kita hanya mahu melihat, atau berbuat sesuatu untuk membantu mereka? Yang pasti, setiap kita akan ditanya oleh Allah kelak, bersedialah dengan jawapan yang baik.

Sumbangan untuk mereka, terutama untuk tujuan bantuan perubatan, boleh diamanahkan melalui HALUAN di akaun “Tabung Palestin HALUAN” seperti berikut:
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts