Kehadiran Huffaz Mendekatkan Umat Kepada Palestin dan Al-Aqsa

Dengan kepulangan 10 huffaz Palestin ke tanah air mereka pada 28 Ogos yang lalu dari lapangan terbang KLIA bermakna  berakhirlah Program Keinsafan Ramadan Bersama Huffaz Palestin untuk sesi tahun 1432 Hijrah. Pemergian mereka bukan hanya mengakhiri sebuah lagi program kesedaran bagi masyarakat di Malaysia, malahan telah meninggalkan satu inspirasi baru untuk meneruskan perjuangan pembebasan bumi Palestin yang diberkati dan Masjid Al-Aqsa yang mulia.

Program yang dilaksanakan hasil kerjasama antara HALUAN dan Robitah Ulama’ Palestin sepanjang bulan Ramadan lepas telah memberikan impak yang sangat mendalam kepada mereka yang diberi kesempatan untuk bersama para huffaz ini. 10 huffaz Palestin ini telah ditempatkan di kawasan terpilih di seluruh negara. Mereka menjadi imam solah terawikh dan juga menyampaikan tazkirah di masjid-masjid, surau-surau dan agensi awam dan swasta yang mereka ziarahi. Selain dari kepetahan mereka menceritakan permasalahan Palestin, para huffaz juga telah memperlihatkan contoh sebenar karakter pemuda-pemuda Palestin yang begitu terikat dengan al-Quran dan masjid, komited dengan Islam dan tegas memikul tanggungjawab mereka terhadap bumi Palestin.

Keberadaan mereka di Malaysia dalam tempoh yang singkat itu juga telah mengikat tali persaudaraan yang utuh. “Andai kamu berjumpa kepada sahabat-sahabat kita di Terengganu, katakan pada mereka yang saya menangis untuk berpisah dengan mereka,” kata Imam Najib yang telah ditempatkan di negeri Terengganu.

Ketua rombongan huffaz Palestin ini, Sheikh Maher Al-Munajjed, tidak jemu-jemu berpesan agar kita menerapkan al-Quran dalam jiwa-jiwa kita. Keterikatan kita dengan al-Quran akan dapat melahirkan kesungguhan luarbiasa yang menjurus kepada perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin seluruhnya daripada cengkaman Zionis laknatullah.

Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan komitmen dan kecintaan mereka kepada perjuangan pembebasan Palestin dan membantu saudara seagama di situ apabila telah berjaya mengumpul sebanyak RM563,634.25 sepanjang program ini.

Semoga Allah merahmati semua dermawan yang pemurah. Semoga segala apa yang disumbangkan akan menjadi bekalan amal soleh yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak, insyaAllah.

Huffaz Palestin bergambar kenangan bersama petugas HALUAN Palestin dalam satu majlis perpisahan
Huffaz Palestin bergambar kenangan bersama petugas HALUAN Palestin dalam satu majlis perpisahan

 

Sheikh Maher al Munajjed, ketua rombongan huffaz Palestin
Sheikh Maher al Munajjed, ketua rombongan huffaz Palestin

 

Sebahagian daripada para huffaz
Sebahagian daripada para huffaz

 

Laporan Ameen Misran.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts