Kekalahan Memalukan : Briged Golani Berundur Daripada Gaza

Pengunduran Unit Elit Golani dari Syujaiyyah, Gaza adalah perkara memalukan. Sekaligus menghapuskan mitos kekebalan dan kecanggihan entiti zionis sejak 75 tahun didirikan secara haram.

Briged Elit ini terpaksa berundur kerana ketidakmampuan mereka untuk menguasai kawasan tersebut akibat kehebatan taktikal yang dibuat oleh pejuang Palestin ketika mempertahankan kawasan tersebut.

Unit ini amat dibanggakan oleh seluruh rakyat haram Israel. Mejar Jeneral Fayez Duwairi ketika memaklumkan kepada al-Jazeera, Briged Golani terdiri daripada 8 batalion iaitu 4 batalion kereta kebal, 2 batalion infantri, 1 batalion paratrooper dan 1 batalion artileri.

Jika dibandingkan daripada segi aset, ternyata jauh berbeza dengan pejuang Palestin. Namun, ini bukan segalanya jika dimedan pertempuran. Mereka boleh menjejaki kaki ke Gaza tetapi akan diserang dasyat!

Terbukti disini : Arahan pengunduran ini dibuat setelah 60 orang anggota pasukan elit termasuk pegawai tinggi mereka terbunuh semenjak Tufan al-Aqsa meletus.

Alasan markas pemerintah ialah “regroup dan rest” sebelum menghantar semula untuk misi baru.

Erti kata lain, pasukan elit ini sebenarnya telah mengalami kekalahan memalukan! Tetapi pelik, pengunduran ini disambut oleh sorakan dan pesta oleh pasukan ini sendiri.

Kekalahan dan pengunduran ini melibatkan pasukan elit dan bukannya askar simpanan. Jika unit elit boleh ditewaskan, apatah lagi unit simpanan. Siapakah lagi boleh menghalang pejuang palestin daripada terus memanggang askar zionis Israel ini?

Keruntuhan moral pasti berlaku kepada askar zionis Israel yang berada di tempat lain. Seterusnya menjadi pembakar semangat kepada para pejuang untuk terus bertahan dan berjuang. Allahuakhbar!

Ingatlah firman Allah, berapa banyak peristiwa terjadi, golongan sedikit mengalahkan golongan yang banyak. Kepada Allah kita berserah.

Penulis : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts