Keluarga al-Quds dipaksa roboh rumah sendiri

AL-QUDS, 13 Nov 2016 (PIC) — Keluarga Muhammad Khalil Abd al-Latif Jaabis dipaksa merobohkan bangunan yang menempatkan dua apartmen mereka sendiri di kejiranan Jabal al Mukaber di tenggara al-Quds, apabila permohonan mereka untuk mendapatkan permit pembinaan daripada pihak perbandaran Zionis tidak diluluskan.

Bangunan tersebut dibina sejak 10 tahun lalu dan menjadi tempat penginapan 12 ahli keluarganya. Sejak dibina, mereka telah membayar denda sebanyak hampir 50,000 shekel.

Pihak perbandaran Zionis memberi mereka tempoh selama lima hari untuk memusnahkan bangunan tersebut, di mana denda sebanyak US$30,000 akan dikenakan sekiranya gagal menurut perintah.

Pihak rejim mendakwa rumah tersebut terletak dalam “kawasan hijau.” Kira-kira 40% tanah penduduk Paletin di al-Quds diisytihar sebagai kawasan hijau di mana sebarang pembinaan dalam kawasan tersebut adalah dilarang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts