Keluarga Al-Tamimi Dituduh Menyerang dan Menghasut

RAMALLAH, 1 Jan 2018 — Pendakwaraya Zionis hari ini membuat pertuduhan ke atas Ahed al-Tamimi, ibunya Nariman, dan sepupunya Nour di mahkamah tentera Zionis di Ofer.

Ahed, 17, dituduh menyerang pegawai tentera Zionis pada 15 Disember, di samping lima pertuduhan lain termasuk menyerang tentera dengan batu dan membuat rusuhan.

Manakala ibu dan sepupunya dituduh terlibat dalam pertempuran dan membuat hasutan melalui laman Facebook.

Mahkamah juga melanjutkan tahanan ke atas mereka buat kali ketiga berturut-turut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts