Keluarga Aqabi Lancar Mogok Lapar Sehingga Jenazah Anak Mereka Diserahkan

RAMALLAH, 1 Dis 2015 (PIC) — Keluarga Muhannad al-Aqabi, pemuda Palestin berumur 21 tahun yang berasal dari perkampungan Hura di Negev dan ditembak mati Oktober lalu, melancarkan mogok lapar mendesak supaya jenazahnya diserahkan kepada keluarga.

Keluarga Aqabi bercadang mengambil langkah seterusnya jika pihak rejim enggan menyerahkan jenazah Muhannad untuk dikebumikan segera.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret di Beersheba Isnin lalu membebaskan Omar al-Aqabi, abang kepada Muhannad, daripada tuduhan yangmendakwa beliau tidak menghalang jenayah sebelum ianya berlaku.

Muhannad dituduh membunuh seorang Yahudi dan mencederakan 11 yang lain di stesen keretapi Beersheba Oktober lalu, sebelum ditembak mati. Keluarganya mendakwa Muhannad bertidak sedemikian untuk mempertahankan dirinya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts