Keluarga Palestin berjaya dapatkan semula rumah yang dirampas pendatang Yahudi

AL-QUDS, 5 Mei 2016 (Maan) — Sebuah keluarga Palestin akhirnya berjaya masuk semula ke dalam rumah mereka yang sebelum ini dirampas oleh sebuah pertubuhan pendatang Yahudi, mengakhiri pertarungan di mahkamah selama 20 bulan.

Keluarga Safiq al-Khayyat dan 22 keluarga Palestin yang lain dihalau keluar oleh Yayasan Ir David, yang juga dikenali sebagai Elad, dari rumah mereka di kejiranan Silwan pada bulan September 2014.

Mahkamah memutuskan untuk mengusir keluar pendatang Yahudi dari tingkat pertama bangunan rumah keluarga al-Khayyat setelah Mahkamah Pusat Zionis al-Quds menolak rayuan Yayasan Ir David pada bulan Disember lalu. Keputusan mahkamah pada November 2014 membenarkan pertubuhan Yahudi itu dan pengawal keselamatan Zionis berada dalam bangunan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts