Keluarga Palestin dari al-Quds diperintah kosongkan rumah

AL-QUDS, 22 Ogos 2017 — Mahkamah Zionis di al-Quds hari ini mengarahkan supaya keluarga Shamasna keluar dari rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah.

Kawasan kejiranan Sheikh Jarrah didakwa pernah menjadi tapak masyarakat Yahudi pada kurun ke-19. Keluarga Palestin di kawasan tersebut berhadapan dengan pertikaian di mahkamah sejak berdekad lalu, apabila ramai pendatang Yahudi cuba mendapatkan hak milik ke atas rumah-rumah mereka.

Undang-undang Zionis membenarkan seseorang Yahudi mendapatkan hak milik ke atas hartanah yang kononnya pernah dimiliki oleh kaum Yahudi sebelum tahun 1948, sepanjang pemerintahan Khalifah Uthmaniah atau kerajaan British.

Undang-undang tersebut bagaimanapun tidak terpakai ke atas pelarian Palestin yang dihalau keluar dari tanah dan rumah mereka selepas penubuhan negara haram Zionis.

(PIC, Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts