Keluarga Palestin desak rejim Zionis dihadapkan ke ICC

RAMALLAH, 15 Jun 2016 (PIC) — Keluarga penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Zionis mendesak supaya pemimpin rejim penjajah itu dihadapkan ke mahkamah jenayah antarabangsa (ICC) kerana menahan jenazah mangsa.

Jawatankuasa bagi kempen mendesak diserahkan jenazah tersebut melahirkan keraguan tujuan sebenar pihak rejim penjajah berbuat demikian, kerana kemungkinan besar ada mangsa yang masih hidup sehinggakan mereka enggan menyerahkannya dan tidak membenarkan siasatan ke atas jenazah mereka. Zionis juga tidak menyerahkan sebarang laporan perubatan selepas menyerahkan jenazah.

Keluarga mangsa bimbang bahawa anak-anak mereka mungkin didera sehingga mati oleh pihak rejim dan sebahagian organ mereka di ambil oleh pihak yang berkepentingan.

Baru-baru ini, jenazah pemuda Hassan Manaseh diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan yang sangat terus. Jenazah beliau hanya dapat dikenali oleh bapanya melalui satu tanda lahir di bahagian kakinya.

Sekurang-kurangnya lapan jenazah pemuda Palestin masih ditahan. Sejak bermulanya Intifadah al-Quds, 112 jenazah ditahan oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts