Keluarga Palestin di Kota Lama al-Quds dipaksa roboh rumah sendiri

AL-QUDS, 7 Sep 2016 (Maan) — Keluarga Nabih al-Basri dipaksa memusnahkan rumah dengan tangan mereka sendiri bagi mengelak denda nerganda oleh pihak perbandaran Zionis di al-Quds.

Rumah yang terletak di Jalan al-Wad di Kota Lama al-Quds itu dibina pada tahun 1997. Sejak itu ia telah beberapa kali diarahkan supaya diroboh, dan diberi tempoh sehingga 20 September 2016.

Menurut Nabih, 53, sepanjang 19 tahun dia bersama isteri dan tiga anaknya tinggal di rumah seluas 60 meter persegi itu, yang dibina di tingkat tiga sebuah bangunan, mereka terpaksa membayar denda sehingga lebih 56,000 shekel di samping ribuan shekel lagi untuk kos guaman.

Mahkamah Zionis mengugut untuk mengenakan tahanan dalam rumah dan denda tambahan sekiranya beliau tidak merobohkan sendiri rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts