AL-KHALIL, 22 Ogos 2016 (MEMO) — Kamil Mousa al-Rabai dan tujuh ahli keluarganya terpaksa mengosongkan rumah mereka di perkampungan al-Tuwani di selatan Jalal al-Khalil, setelah menerima motis perobohan dari pihak rejim penjajah.
Menurut notis tersebut, rumah seluas 120 meter persegi itu akan dirobohkan dalam tempoh tujuh hari.
Al-Tuwani terletak 14 kilometer di selatan kota al-Khalil. Tentera Zionis mengisytiharkan zon larangan tentera di sebelah selatan perkampungan tersebut, di mana empat buah lagi perkampungan Palestin akan dirampas untuk dijadikan kawasan latihan tentera.