Keluarga Palestin hilang tempat berteduh buat kali ke-2

AL-QUDS, 22 Okt 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis meroboh rumah milik keluarga al-Faqir di kota Lod yang terletak dalam wilayah Palestin 1948 buat kali kedua, atas alasan dibina tanpa permit.

Dua bulan lalu, rumah tersebut telah diroboh atas alasan yang sama. Mereka tetap tinggal di bangunan tersebut walaupun tanpa atap, dan kemudian membina semula runtuhan kerana tidak ada pilihan tempat berteduh yang lain.

Penduduk Palestin terpaksa membina rumah tanpa kebenaran kerana ianya adalah suatu yang mustahil untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa rejim.

Rejim Zionis merancang untuk mengurangkan penduduk Palestin dengan cara menafikan permit pembinaan kepada mereka, pada masa yang sama menggandakan bilangan penduduk Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts