Keluarga tahanan Palestin cedera diserang anjing tentera Zionis

BEIT LAHM, 24 Julai 2018 — Dua ahli keluarga tahanan Ayyad al-Hreimi cedera dan dikejarkan ke hospital selepas diserang oleh tentera Zionis menggunakan anjing dalam rumah mereka di Wadi Ma’ali berdekatan Kota Lama Beit Lahm pagi tadi.

Tentera Zionis memecah masuk rumah mereka pada jam 4:30 pagi, dengan membawa pasukan anjing dari Unit Okets dan kemudian merosakkan barangan mereka serta rumah-rumah jiran sebelum berundur.

Tentera Zionis menculik sepupu mereka Mohannad, 19.

Punca serangan tersebut tidak diketahui.

Ayyad al-Hreimi sedang menjalani mogok lapar dalam penajra Zionis sejak 62 hari lalu.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts