Kem Balata dimasuki tentera pengganas zionis lagi

28 Julai 2009 – Tentera pengganas zionis Israel telah menyerang kem pelarian Balata di timur Nablus pada awal pagi tadi, Selasa 28 Julai, dan meledakkan beberapa buah rumah.

Tentera-tentera tersebut memecah masuk ke dalam beberapa buah rumah di kejiranan Al-bdod di dalam kawasan kem tersebut, mengebom sebahagian daripadanya, dan menyerang tuan punya rumah. Sebahagian daripada tuan rumah telah mengalami kecederaan, dengan salah seorang daripada mereka terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, tentera pengganas itu tidak membuat sebarang penangkapan.

Pada 29 Jun lalu, 40 orang tentera zionis bersenjata lengkap telah memecah masuk ke dalam empat buah rumah di kem tersebut pada sekitar pukul 2 pagi, dan menangkap 3 kanak-kanak tanpa memberi sebarang alasan. Dalam kejadian itu, pasukan tentera kejam tersebut telah merosakkan barangan milik tuan rumah termasuklah perabot, almari dan peralatan dapur.

(Sumber: International Solidarity Movement)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts