Kem Pelarian Duheisha Diserang, Dua Tercedera

BETHLEHEM, 19 Nov 2015 (Maan) — Dua pemuda Palestin cedera ditembak oleh ketika tentera Zionis menceroboh masuk dan menyerang kem pelarian Duheisa di selatan Bethlehem awal pagi tadi.

Lebih 20 buah rumah digeledah sebelum tentera menangkap pemuda Muhammad Nidal Abu Akar, 20 tahun.

Pemuda dan remaja Palestin di kem tersebut bertindak balas dengan membaling batu ke arah tentera yang berada di jalanan dan di atas bumbung bangunan. Tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah penduduk di jalan utama ke Bethlehem, mencederakan dua pemuda tersebut.

Tentera juga menembak pengawal keselamatan sebuah sekolah UNRWA yang terletak berdekatan jalan tersebut. Mereka turut mengeluarkan waran kepada beberapa orang bekas tahanan supaya menyerah diri untuk disoal-siasat.

Sementara itu di perkampungan Tell di Nablus, tentera menceroboh masuk dan menahan sekurang-kurangnya sembilan orang orang penduduk dan mengeluarkan waran soal-siasat kepada enam orang yang lain.

Menurut statistik badan PBB Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA), tentera Zionis melakukan pencerobohan ke kawasan penduduk Palestin pada purata 82 kali setiap minggu sejak awal tahun ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts