
RAMALLAH, 16 Ogos 2018 — Rejim Zionis hari ini mengumumkan rancangan untuk menukar sebuah kem tentera yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Lembah Jordan menjadi sebuah penempatan haram baharu Yahudi.
Kem tentera Rosh Habqiaa di utara Lembah Jordan itu akan menempatkan 30 keluarga pendatang Yahudi.
Kawasan tersebut dikenali sebagai Shwaiar, yang merupakan sebuah pengkalan tentera Jordan sejak 1950-an sehingga dirampas oleh Zionis selepas menduduki Tebing Barat pada bulan Jun 1967.
(PIC, IMEMC)