Kementerian Kesihatan Gaza desak Mesir buka pintu Rafah

GAZA, 19 Apr 2016 (PIC) — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini mendesak pihak berkuasa Mesir supaya membuka pintu lintasan di sempadan Rafah bagi mengurangkan penderitaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.

Ribuan pesakit Gaza berada dalam keadaan semakin parah, memerlukan rawatan dan bantuan kemanusiaan segera, akibat sekatan yang dikenakan sejak lebih sembilan tahun lalu. Pintu Rafah telah ditutup secara berterusan sejak tiga bulan lalu, menyebabkan para pesakit terkandas menunggu di sempadan.

Pintu lintasan Rafah hanya dibuka selama tiga hari sejak awal tahun 2016 walaupun ribuan pesakit memerlukan rawatan dan pelajar ingin meneruskan pengajian mereka di luar negara.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts