Kementerian Kesihatan keluar amaran krisis perubatan di Gaza

GAZA, 17 Mei 2017 (Alray) — Perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Gaza berhadapan dengan krisis meruncing kerana kehabisan bekalan ubat, barangan pakai buang perubatan, susu bayi dan minyak.

Kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini menyebut sebanyak 175 jenis ubat dan peralatan perubatan telah kehabisan. Sebanyak 35% ubat kawalan khusus, 90% ubat barah dan 40% barangan pakai buang perubatan yang penting juga kehabisan.

Krisis bekalan minyak juga menjadi masalah besar kerana ia diperlukan kegunaan jenerator bagi membekal kuasa elektrik ke hospital akibat elektrik yang terputus selama lebih 18 jam sehari. Masalah bekalan elektrik mengganggu operasi 40 bilik bedah, 11 bilik pembedahan Caesarean dan juga 117 alat hemodialisis yang digunakan untuk merawat 650 pesakit.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts