Kementerian Wakaf Kutuk Aksi Penghinaan Zionis Terhadap Al-Quran

mushafGAZA, 10 April 2012 — Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Ugama mengecam tindakan askar-askar Zionis Yahudi yang melakukan serangan brutal bersifat perkauman dengan memukul dan menyiksa para tahanan Palestin dan juga menahan mereka di dalam kurungan secara bersendirian.

Dalam satu kenyataan media di sini, kementerian tersebut turut mengutuk perbuatan askar-askar pengganas itu membuang Al-Quran di atas tanah dan kemudiannya memijak mushaf mulia tersebut dengan kaki kotor mereka. Perbuatan keji itu dilakukan setelah mereka menyerang tahanan Palestin dan menukar Seksyen 4 dalam penjara Nafha menjadi tempat tahanan secara bersendirian.

Penodaan tentera pengganas Zionis Yahudi terhadap mushaf Al-Quran dan serangan mereka terhadap tahanan Palestin merupakan tindakan yang jelas sekali tidak menghormati perasaan umat Islam di seluruh dunia. Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Ugama menggesa rakyat negara-negara Arab dan Islam untuk mempertahankan Al-Quran yang suci yang merupakan perlembagaan mereka, dan juga menyokong serta membantu para tahanan. Selain itu, OIC dan Liga Arab turut diseru untuk mengambil pendirian yang tegas dan berani terhadap aksi jenayah Yahudi ini.

Serangan berterusan Zionis ini dengan jelas mensasarkan rakyat Palestin, agama mereka, sejarah mereka, geografi mereka dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam atau Arab di Palestin. Umat Islam perlu mendokong para tahanan Palestin yang tetap dalam kesabaran berhadapan dengan kezaliman Yahudi dan juga rakyat Palestin yang terus istiqomah menentang kezaliman dan penindasan Zionis Yahudi laknatullah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts