Kempen boikot produk Hewlett-Packard dilancarkan

GAZA, 27 Nov 2016 (PIC) — Kempen Boikot di Palestin (The Boycott Campaign in Palestin – BCP) menyeru penduduk dan institusi di Palestin supaya memboikot perusahaan Hewlett-Packard (HP) kerana produk dan teknologinya digunakan oleh rejim Zionis dalam jenayah penjajahan mereka.

Dalam kenyataan BCP semalam, HP disebut sebagai salah satu syarikat teknologi maklumat terbesar yang menyediakan sistem dan kelengkapan di sekatan-sekatan tentera, tembok pemisah, penjara dan juga penempatan haram Yahudi di seluruh wilayah yang terjajah.

HP juga berperanan dalam menjayakan sekatan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dengan menyediakan sistem komputer dan peralatan kepada pasukan tentera darat dan laut Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts