Kenali Kota Lama Al-Quds

AL-QUDS, 21 Disember 2017 — Kota Lama al-Quds merupakan kota suci bagi ketiga-tiga agama Samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.

Kota yang menempatkan Masjid al-Aqsa ini, termasuk Kubah as-Sakhra’, adalah tempat ketiga paling mulia dalam Islam selepas kota Mekah dan Madinah. Penganut Yahudi mendakwa kota ini sebagai tempat kuil mereka.

Tapak suci Masjid al-Aqsa dikenali oleh umat Islam sebagai al-Haram al-Sharif, manakala kaum Yahudi memangggilnya sebagai Bukit Haikal (Temple Mount).

Lain-lain tempat suci di kota ini termasuklah Tembok Barat (atau Tembok Ratapan) dan juga gereja Holy Sepulcher.

(Al-Jazeerah)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts