Kenapa umat Islam perlu menolak pintu elektronik mengesan logam di al-Aqsa?

AL-QUDS, 18 Julai 2017 (PIC) — Rejim Zionis mula memasang pintu elektronik mengesan logam di semua pintu masuk Masjid al-Aqsa Ahad lalu, memaksa jemaah melalui alat tersebut untuk masuk atau keluar dari masjid.

Ulamak-ulamak di kota al-Quds menyeru jemaah memboikot dan menolak syarat rejim Zionis itu, serta mengajak mereka tetap berjaga dan mendirikan solat di luar masjid berdekatan pintu-pintu masuk.

Mengapakah kita perlu menentang penguatkuasaan pagar elektronik di pintu Masjid Al-Aqsa?
Kerana orang Islam tidak akan dapat masuk ke dalam masjid dengan bebas dan seterusnya bilangan jemaah masjid akan berkurang. Kebebasan beribadah telah termaktub dalam perjanjian antarabangsa tetapi Israel tetap melanggar perjanjian ini setiap hari di bumi Palestin.

Tindakan ini tidak boleh diterima sama sekali dengan kehadiran sejumlah askar Zionis di pagar Masjid Al-Aqsa.

Lebih menakutkan lagi, ia akan menjadi langkah awal rejim Zionis mengubah status quo Masjid al-Aqsa dan menguasai tapak suci itu sebagaimana yang telah mereka lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di kota al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts