Kenyataan Media HALUAN berkenaan Freedom Flotilla Two (FF2)

1. HALUAN menyokong setiap usaha membantu rakyat Palestin dan membebaskan bumi wakaf umat Islam itu dari kezaliman dan penaklukan rejim pengganas zionis Israel.

2. Sukacita kami memaklumkan bahawa HALUAN telah membuat keputusan untuk TIDAK MENYERTAI misi pelayaran Freedom Flotilla 2 (FF2) di bawah gagasan Lifeline For Gaza (LL4G) kerana sebab-sebab berikut:
i. Perkembangan geopolitik positif yang sedang berlaku di Mesir dan Gaza pada ketika ini dan pintu masuk Rafah telah mula dibuka.
ii. HALUAN berpendapat penduduk Palestin, khususnya di Gaza, lebih memerlukan bantuan kewangan dan keperluan asas yang boleh disalurkan secara langsung melalui pintu masuk Rafah. Oleh kerana itu sumbangan yang telah dikumpulkan untuk tujuan FF2 lebih utama disampaikan melalui jalan darat daripada digunakan untuk pembiayaan pelayaran FF2.

3. Oleh kerana LL4G diwujudkan bertujuan untuk menjayakan FF2, maka HALUAN dengan berat hati telah memutuskan menarik diri dari gabungan LL4G dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya.

4. HALUAN akan terus beriltizam untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang, terutama dalam program dan projek yang melibatkan kerjasama badan-badan lain.

5. Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN pada 1hb Mei 2011 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, telah melantik Dr Syed Muhamad Haleem Bin Syed Hassan sebagai Pengerusi Biro HALUAN Palestin bagi sesi 2011/2013. Beliau bertanggungjawab kepada HALUAN dalam aktiviti, projek dan isu-isu Palestin.

“Bersatu Untuk Palestin”

——

Unit Media HALUAN.
17 Jun 2011.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts