
2 Okt, Gaza – Kerajaan Maghribi akan membiayai pembangunan sebuah hospital di bandar Rafah, demikian menurut sumber-sumber dalam pemerintahan Gaza pada Sabtu (2 /10) lalu.
Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh memaklumkan bahawa projek kemudahan untuk rakyat tersebut akan di bangunkan di kawasan seluas 50,000 meter persegi di barat Jalur Gaza dari Rafah.
Sumber dari pentadbiran beliau mengatakan lokasi dipilih adalah berdasarkan kajian yang telah di buat, yang menunjukkan daerah tersebut adalah yang paling mendesak memerlukan kemudahan rawatan perubatan bagi menampung 200,000 warga penduduk. (man)