Kerakusan rejim Zionis tidak berjaya halang anak-anak Palestin bersekolah

BEIT LAHM, 23 Ogos 2017 — Kanak-kanak pelajar Sekolah Jub al-Dhib di timur Beit Lahm hari ini tetap memulakan hari pertama sesi baharu persekolahan sungguhpun terpaksa belajar dengan hanya berbumbungkan langit.

Lewat petang semalam, tentera Zionis memusnahkan bilik-bilik darjah dan merampas bilik-bilik sementara serta perabut, meja, kerusi dan peralatan menulis, atas alasan ia dibina berdekatan zon larangan tentera.

Tentera melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah, serta memukul penduduk yang mara untuk menghalang kerja perobohan.

Sekolah yang dibina oleh Belgian Development Cooperation dan Italian Voluntary Civil Society itu menyediakan pengajian untuk 60 pelajar Palestin dari perkampungan berdekatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts