Kereta kebal Israel masuk Gaza City

Gaza City, 19 Feb 2009. Kereta kebal-kereta kebal Israel yang diiringi helikopter telah memasuki sempadan Semenanjung Gaza, mencetuskan pertempuran di Gaza City.

Saksi memberitahu agensi berita AFP bahawa tentera Israel telah masuk ke Gaza City awal hari Khamis dan telah berlaku pertempuran dengan pejuang Palestin.

Mereka bagaimanapun telah berudur selepas pejuang-pejuang Palestin menembak roket anti-kereta kebal.

Tiada korban yang dilaporkan akibat pertempuran tersebut.

Wakil Press TV di Gaza, Yousef El-Helou berkata Hamas percaya serangan-serangan mutakhir ini adalah merupakan permulaan kepada siri pencerobohan baru yang bertujuan meningkatkan tekanan ke atas pemimpin Gaza untuk membebaskan askar yang ditawan.

Tidak ada sebarang komen diberikan oleh pihak tentera Israel berkaitan insiden tersebut. [pressTV/terjemahan: HALUANPalestin]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts