RAMALLAH, 2 Mei 2016 (PIC) — Dua tahanan Palestin Fuad Assi, 30, dan Adib Mafarjeh, 28, meneruskan mogok lapar secara berterusan sejak 30 hari lalu bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas mereka.
Mereka kini berhadapan dengan masalah kesihatan meruncing dengan mengalami keletihan yang melampau dan kerap pengsan. Mereka tidak lagi boleh berjalan.
Pihak penjara Zionis didakwa sengaja mengabaikan rawatan kesihatan terhadap dua mangsa tersebut sebagai langkah memaksa mereka menghentikan mogok lapar.
Adib dipindahkan ke penjara bersendirian Elah di Beersheba walaupun beliau memerlukan rawatan kesihatan yang mendesak.