Khaled Tidak Boleh Diziarahi, Dinafikan Rawatan

AL-QUDS, 24 Feb 2015 (IMEMC) — Tahanan remaja Khaled Husam Sheikh, 15 tahun, dihalang daripada diziarahi oleh ahli keluarga dan mendapat rawatan perubatan sejak diculik oleh tentera Zionis 62 hari lalu.

Khaled ditangkap pada 25 Disember di sebelah rumahnya atas tuduhan membaling batu ke arah kenderaan tentera Zionis. Beliau yang mengidap sakit anemia dan beberapa lagi permasalahan kesihatan dilaporkan tidak mendapat rawatan perubatan yang diperlukan.

Keluarga Khaled tidak pernah dibenarkan menziarahinya. Mereka telah berkali-kali mengemukakan permohonan untuk membuat lawatan, tetapi tentera Zionis tetap menafikan hak mereka untuk menziarahi tahanan Palestin yang paling muda itu.

Khaled yang berasal dari Beit ‘Anan di al-Quds kini ditahan di penjara ‘Ofer di kawasan tengah Ramallah.

Hampir 300 orang kanak-kanak sedang berada dalam tahanan Zionis. 75% daripada kanak-kanak ini dilaporkan turut disiksa secara secara fizikal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts