Khatib Al-Aqsa Desak Zionis Serah Jasad Penduduk Palestin

AL-QUDS, 5 Dis 2015 (PIC) — Khatib Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yousef Abu Snene, dalam khutbah Jumaat beliau semalam mendesak rejim Zionis supaya menyerahkan jasad penduduk Palestin yang dibunuh kepada keluarga mereka, supaya mereka boleh dikebumikan mengikut syariat Islam.

Sheikh Yousef berkata, penduduk Palestin di kota suci Al-Quds telah melalui keperitan hidup yang terlalu menekan, di mana rumah dan sumber kehidupan mereka terus menjadi sasaran kezaliman Zionis.

Polisi Zionis merobohkan rumah penduduk Palestin begitu menekan sekali. Yang terkini, tentera telah meletupkan rumah keluarga Ibrahim Akkari di siang hari, di hadapan kamera TV dengan dikawal oleh ribuan askar lengkap bersenjata.

Kesucian Masjid Al-Aqsa dinodai setiap hari, di mana pendatang Yahudi menceroboh masuk dan pihak tentera menyerang para jemaah, menangkap para jemaah sesuka mereka tanpa seorang pun di dunia ini mengutuk dan menghentikan sikap mereka itu, sambung Sheikh Yousef dalam khutbah beliau.

Beliau juga tidak lupa menyebut tentang kesengsaraan tahanan Palestin di dalam penjara Zionis, bahaimana mereka dinafikan hak dan keperluan asas sebagai manusia.

“Lihatlah bagaimana penduduk Al-Quds… bagaimana mereka menderita dalam kehidupan seharian mereka kerana musuh mencengkam perniagaan mereka… mengenakan cukai dan denda, mengeringkan sumber pencarian hidup mereka, dan memasang sekatan-sekatan,” kata beliau.

Ribuan penduduk Palestin hadir mendirikan solat Jumaat di masjid suci itu dalam keadaan tentera Zionis mengenakan kawalan ketat di seluruh Al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts