Kini lebih 300 tahanan Palestin sertai mogok lapar

RAMALLAH, 4 Ogos 2016 (PIC) — Lebih 300 tahanan Palestin mennyertai mogok lapar secara terbuka dalam penjara Zionis.

Menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestin (PPS) seramai 285 tahanan dari kalangan aktivis Hamas di penjara Eshel dan Nafha melancarkan mogok lapar mulai hari ini sebagai membantah langkah-langkah pihak penjara menekan para tahanan, manakala sekitar 40 tahanan dari Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) juga melancarkan mogok lapar sebagai solidariti terhadap Bilal Kayid.

Bilal Kayid meneruskan mogok lapar untuk hari ke-51 bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan ke atas beliau.

Beliau merupakan salah seorang daripada enam tahanan mogok lapar yang membantah tahanan pentadbiran ke atas mereka. Tahanan dua beradik Mahmoud dan Muhammad al-Balboul masing-masing memulakan mogok pada 4 dan 7 Julai, manakala Malik al-Qadi dan Ayyad Hreimi melancarkan mogok pada 15 Julai lalu.

Dalam pada itu, jurnalis Omar Nazzal memulakan mogok pada hari ini.

Menurut pertubuhan hak asasi Addameer, rejim Zionis menahan seramai 7,000 penduduk Palestin termasuk 715 di bawah tahanan pentadbiran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts