Klip Video Serangan Zionis Ke Atas Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Okt 2014 (FOA) — Suasana tegang di sekitar Masjid al-Aqsa meningkat ke tahap kritikal Selasa lalu apabila pasukan tentera dan polis Zionis yang lengkap bersenjata memaksa 500 orang Palestin yang membantah pencabulan pendatang Yahudi di luar Lions Gate.

Klip video telah diterbitkan bagi menunjukkan serangan tentera Zionis ke atas penduduk Palestin yang cuba menyelamatkan diri dan bagaimana mereka yang tidak bersenjata itu dikepung di dalam masjid.

Kebelakangan ini pelbagai pihak dari rejim Zionis, daripada ahli politik sehinggalah pendatang Yahudi, meningkatkan pencerobohan mereka ke atas masjid yang pernah menjadi kiblat pertama bagi umat Islam itu. Tindakan mereka benar-benar merupakan satu bentuk penghinaan ke atas umat Islam, yang seolah-olah masih lena dibuai mimpi dan tidak sedikitpun peduli dengan apa yang berlaku.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa dengan segala cara yang mampu. Tanggungjawab ini adalah satu kewajipan akidah, kerana Al-Aqsa sebahagian dari agama, akidah serta sebahagian daripada ayat Al-Quran kita. Ingatkan kepada wasita Rasulullah SAW melalui hadis berikut;

Dari Maimunah r.a. berkata kepada Rasululah: Wahai Rasulullah, berilah padaku satu fatwa tentang Baitulmaqdis. Beliau menjawab, pergilah kamu solat dalam masjid Al-Aqsa. Jika kamu tidak mampu untuk pergi solat di dalamnya maka hantarlah minyak untuk dinyalakan pelita-pelita di masjid al-Aqsa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts