Komander Polis Zionis ketuai 112 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 29 Jun 2017 (PIC) — Beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak di perkarangan Masjid al-Aqsa sambil mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang mereka impikan pagi tadi, dengan diketuai oleh Komander Polis Zionis, Yoram Levy.

Pasukan polis mengawal ketat gerombolan Yahudi tersebut, yang turut disertai oleh ahli keluarga dua wanita Yahudi, Hallel dan Yaffa Ariel, yang terbunuh di kawasan penempatan haram Kiryat Arba setahun lalu. Ahli keluarga askar Hadas Malka yang mati diserang tiga pemuda Palestin di Jalan Sultan Suleiman di Kota Lama pada bulan Ramadan baru lalu turut serta.

Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, melalui laman sosial beliau menyeru kaum Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu kononnya sebagai memperingati ulang tahun kematian pendatang wanita Yahudi, Hallel Ariel.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts