Konsul Jeneral Zionis di New York ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 6 Ogos 2018 — Konsul Jeneral Zionis di New York, Dani Dayan, menceroboh masuk Masjid al-Aqsa bersama bersama isteri dan anak perempuannya pagi tadi.

Ketika berada di perkarangan tapak suci itu, Dayan yang juga seorang usahawan Yahudi asal Argentina berkata “Masjid al-Aqsa adalah hak kaum Yahudi dan akan tetap seperti itu sehingga masa akan datang.”

Anaknya Ofir Dayan bergiat aktif dalam pertubuhan Temple Mount dan kempen membina semula kuil Yahudi di atas tapak Masjid al-Aqsa.

Dalam perjanjian dengan Jordan pada tahun 1967, kaum Yahudi dibenarkan masuk perkarangan masjid tetapi tidak dibenar melakukan sebarang ritual. Kerajaan Jordan adalah pihak yang berkuasa ke atas Masjid al-Aqsa.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts