Kota Lama al-Quds bertukar menjadi kawasan tentera

AL-QUDS, 10 Okt 2016 (PIC) — Menjelang ketibaan perayaan Yom Kippur, polis Zionis memasang puluhan sekatan di seluruh Kota Lama al-Quds sehingga menjadikan kota suci Islam itu seperti kawasan tentera.

Sekatan tersebut akan berterusan selama dua hari, di mana polis Zionis akan memberi perlindungan kepada pendatang Yahudi yang akan melakukan ritual agama mereka ketika merayakan Yom Kippur.

Sementara itu pihak rejim juga menutup sepenuhnya lintasan di wilayah Tebing Barat dan Gaza selama dua hari.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts