Kota Lama Al-Quds Mungkin Akan Runtuh

runtuhAL-QUDS, 1 Mac 2014 (Palinfo) — Suruhanjaya Islam-Kristian Bagi Mendukung al-Quds dan Tempat-Tempat Suci mengeluarkan amaran tentang usaha berterusan rejim Zionis membuat penggalian bawah tanah di Kota Lama al-Quds. Kerja-kerja penggalian tersebut telah menyebabkan keretakan dan runtuhan dinding dan lantai dua buah bangunan di bandar Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa.

Dalam kenyataan media mereka, suruhanjaya tersebut menekankan bahawa al-Quds mempunyai banyak tapak arkeologi dan bersejarah yang kini terancam dan akan runtuh akibat penggalian bawah tanah yang berterusan oleh Zionis. Keadaan ini diburukkan lagi oleh sikap rejim yang membiarkan tapak-tapak ini tanpa selenggaraan dan menghalang usaha-usaha pemulihan.

Suruhanjaya itu menyeru masyarakat antarabangsa supaya mendesak rejim Zionis menghentikan kerja-kerja penggalian dan membenarkan usaha pemulihan di Kota Lama. Mereka juga memberi amaran risiko lebih ramai penduduk yang mungkin akan ditimpa runtuhan rumah mereka.

“Ini bukanlah kali pertama runtuhan sepertinya berlaku. Banyak runtuhan telah berlaku sebelum ini. Tambahan pula, pokok-pokok kekal di dalam kawasan Masjid al-Aqsa telah tumbang. Banyak keretakan dan rekahan berlaku di dinding puluhan bangunan di kawasan al-Quds yang terjajah,” jelas suruhanjaya berkenaan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts