Krisis bekalan air di Tebing Barat semakin buruk

BEIT LAHM, 4 Julai 2016 (Maan) — Krisis bekalan air di wilayah Tebing Barat semakin buruk kerana infrastruktur saliran air tidak diselenggara sejak 15 tahun lalu, di samping tindakan syarikat Air Zionis, Mekorot, yang menggantung atau mengurangkan jumlah bekalan air sejak pertengahan Jun lalu.

Sebahagian besar penduduk Tebing Barat terpaksa bergantung kepada bekalan air oleh Mekorot.

Menurut Datuk Bandar Beit Fajjar di Beit Lahm, Akram Taqatqa, kawasan pentadbiran beliau itu menerima bekalan air yang sangat sedikit, bahkan tidak dapat memenuhi keperluan harian penduduk.

Pihak perbandaran dan Majlis Tempatan di Tebing Barat gagal menyelenggara infrastrutur bekalan air keana tidak mendapat bajet untuk tujuan tersebut.

Masalah bekalan air melanda beberapa wilayah utama Tebing Barat terutama sekali Nablus, Jenin dan Salfit, apabila syarikat Mekorot memotong bekalan air.

Manurut Amnesty International, hampir 200,000 penduduk Palestin di Tebing Barat tidak mendapat kemudahan bekalan air bersih.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts