GAZA, 7 Mei 2016 (PIP) — Tiga kanak-kanak Gaza terbunuh dan ibu mereka serta dua anaknya yang lain tercedera petang semalam apabila rumah mereka terbakar di Gaza City.
Kebakaran berlaku selepas mereka menyalakan lilin apabila bekalan elektrik terputus. Seluruh rumah mereka hangus, sebelum pasukan pertahanan awam dapat memadam api yang merebak dengan cepat itu.
Puluhan insiden kebakaran seperti ini berlaku di Gaza apabila penduduk terpaksa menggunakan lilin akibat krisis bekalan elektrik.