Kumpulan baharu pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 19 Jan 2016 (PIC) — Beberapa kumpulan baharu pendatang Yahudi menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi melalui Pintu al-Magharibeh.

Menurut laporan Quds Press, seramai 19 pendatang Yahudi memasuki masjid melalui pintu yang dikawal oleh pasukan keselamatan Zionis itu, dengan dilindungi oleh seramai 15 ahli pasukan keselamatan khas.

Para jemaah cuba menghalang pencerobohan mereka dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts