AL-QUDS, 28 Julai 2016 (PIC) — Beberapa kumpulan pelampau Yahudi mula membuat persediaan bagi menghasut pengikut mereka menyertai beberapa acara di al-Quds, termasuk perarakan menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, pada bulan hadapan bersempena dengan apa yang mereka dakwa sebagai memperingati kemusnahan kuil pertama dan kuil kedua Yahudi.
Acara yang akan diadakan di al-Quds dan beberapa kota utama lain itu termasuklah simposium, persidangan, syarahan dan protes.
Ia dirancang bagi membangkitkan semangat serta menggalakkan kaum Yahudi mara secara beramai-rasi ke Masjid al-Aqsa, yang mereka dakwa sebagai tapak runtuhan kuil Yahudi.