Lagi 14 Warga Awam Palestin Di Tangkap Tentera Israel Tanpa Sebab

10 Nov – 14 warga awam Palestin ditangkap oleh tentera Israel pada hari Isnin (9/11) semasa kempen ketenteraan yang mensasarkan masyarakat Tebing Barat Palestin.

Sumber-sumber tempatan melaporkan pencerobohan dan penggeledahan dari rumah ke rumah di Betlehem, dan bandar-bandar Hebron, Tebing Barat selatan, serta Jenin dan Nablus, di utara dan pusat bandar Ramallah Tebing Barat semakin menjadi-jadi.

Sumber-sumber perubatan di bandar Hebron menambah bahawa seorang lelaki Palestin tercedera pada Isnin (9/11) pagi ketika pasukan Israel melakukan operasi ke atas sebuah pos pemeriksaan berhampiran bandar lalu menyerang lelaki Palestin tersebut.

Radio tentera Israel mengumumkan bahawa semua orang leaki yang ditangkap dibawa ke kem-kem tahanan tentera untuk disoalsiasat

Pada bulan Jun tahun ini tentera Israel mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan serangan yang mensasarkan Betlehem, Ramallah dan bandar-bandar Nablus, namun sejak bulan itu juga serangan yang mensasarkan bandar-bandar itu tidak pernah berhenti. imm

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts