Lagi gadis Palestin ditangkap di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 15 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap seorang lagi gadis Palestin, Ayat Qafisheh, berdekatan Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil.

Gadis berumur 23 tahun itu disekat di laluan masuk masjid dan ditahan selama setengah jam, selepas tentera mendakwa menjumpai sebatang pemutar skru.

Beliau diugut dan diherdik oleh pasukan tentera Zionis, sebelum akhirnya dibebaskan apabila penduduk Palestin masuk campur.

(PIC, PNN)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts