Lagi kanak-kanak Palestin dilanggar lari oleh pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 3 Mei 2017 (PIC) — Kanak-kanak Palestin Laith Yousif Shatat, 8, dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pendatang Yahudi di timur bandar Yatta, al-Khalil, pagi tadi.

Laith dilanggar ketika sedang berdiri di luar kawasan sekolahnya yang terletak di tepi sebatang jalan utama.

Mangsa dilaporkan pengsan akibat cedera parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital al-Ahli di kota al-Khalil.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts