BEIT LAHM, 23 Julai 2017 — Seorang pemandu Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis berdekatan sekatan Hamra di wilayah Nablus, atas alasan memandu secara mencurigakan.
Kenyataan tentera Zionis menyebut bahawa pemandu tersebut tidak membawa dokumen pengenalan ketika disekat dan diperika oleh pasukan tentera. Pasukan tentera mengekori beliau pulang ke rumah untuk mendapatkan bukti dokumen pengenalan diri.
Menurut polis Zionis, pemandu tersebut keluar dari kereta dan cuba lari apabila tiba di penghujung jalan menyebabkan polis menembak beliau sehingga cedera.