Lagi pemuda Palestin cedera dalam pertempuran di sempadan Gaza

GAZA, 8 Jun 2017 (PIC) — Seorang pemuda Palestin cedera ditembak dan beberapa yang lain termasuk tiga petugas paramedik sesak nafas dalam serangan tentera Zionis ke atas kumpulan pemuda yang mengadakan demonstrasi membantah sekatan ke atas wilayah Gaza petang tadi.

Dalam kejadian di timur Jabaliya di utara Gaza itu, tentera Zionis melepaskan lima tembakan sniper dan puluhan bom gas pemedih mata yang berkumpul berdekatan pagar sempadan.

Serangan juga berlku di beberapa lokasi lain termasuk di kem pelarian al-Bureij, kawasan timur Deir al-Balah berdekatan pengkalan tentera Kissufim dan al-Qarara di timur Khan Younis.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts