BEIT LAHM, 20 Julai 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menembak mati pemuda Palestin Muhammad Hussein Ahmad Tnouh, 26, di perkampungan Tuqu berdekatan kota Beit Lahm tengahari tadi, selepas dituduh cuba menikam askar.
Mangsa ditembak dengan empat das tembakan, berdekatan sebuah sekolah, sebelum sebuah kenderaan tentera merempuh beliau.
Pasukan ambulan Palestin dan orang ramai dihalang mendekati mangsa untuk membantu, menyebabkan pertempuran tercetus dan tentera menembak penduduk dengan peluru hidup dan peluru getah. Seorang anggota Polis Palestin cedera terkena tembakan peluru getah di bahagian kepala.